fbpx
YAHAYA Othman (kanan) menunjukkan dadah jenis kokain yang ditemui terdampar di Pantai Tanjung Gosong di Pekan.

Kokain RM7.31 juta terdampar di Pantai Tanjung Gosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Kewujudan sebuah beg yang terdampar di tepi Pantai Tanjung Gosong di Pekan membongkar penemuan dadah jenis kokain bernilai RM7.31 juta, semalam.

Difahamkan, beg berkenaan mempunyai 20 bungkusan kokain masing-masing seberat satu kilogram dengan enam bungkusan telah terlarut di dalam air laut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis masih melakukan siasatan dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

Katanya, polis melakukan pemeriksaan di kawasan pantai berkenaan pada pukul 2.45 petang semalam selepas mendapat maklumat awam mengenai penemuan sebuah beg yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap beg tersebut telah menjumpai 14 bungkusan ketulan mampat warna hitam bertulisan ‘Stone’ disyaki mengandungi dadah jenis kokain dengan anggaran berat 16.263 kilogram dan enam bungkusan warna hitam bertulisan ‘Stone’ yang telah terlarut isi kandungannya.

“Jumlah nilai pasaran dadah kokain yang dirampas ini dianggarkan bernilai RM7.31 juta yang mana nilai dadah ini berdasarkan pasaran Malaysia iaitu RM450,000 sekilogram,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Menurutnya pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pahang bagi mengesan pihak terlibat.

Katanya, pada masa ini pihak polis telah merakam percakapan saksi-saksi terbabit untuk siasatan lanjut.

“Polis berharap jika terdapat sebarang saksi atau rakaman video yang boleh membantu pihak polis berkaitan kes ini boleh menyalurkan maklumat berkaitan kepada pegawai penyiasat di talian 09-42212222 atau menghubungi hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-208722,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN