fbpx
Anwar hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-80 buat RTM.

PM ucap selamat menyambut ulang tahun ke-80 RTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-80 buat Radio Televisyen Malaysia (RTM), hari ini.

Menurut Perdana Menteri, RTM institusi yang sekian lama menjadi suara rakyat dan denyut nadi bangsa.

“Dalam lanskap penyiaran yang sedang berubah pantas, ditambah dunia yang tidak menentu serta lonjakan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), peranan RTM semakin kritikal untuk memastikan maklumat yang sahih, berimbang dan berintegriti terus sampai kepada rakyat.

“Tanpa mengorbankan nilai dan kepercayaan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar berkata, RTM mesti terus memimpin dengan memperkasa bakat tempatan dan mengangkat karya anak seni.

Kata beliau, RTM mesti memanfaatkan teknologi secara beretika agar kekal relevan, berwibawa dan menjadi wahana pembinaan negara bangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN