fbpx
Arthur Joseph (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Tokoh Meteorologi pada Majlis Perasmian Hari Meteorologi Sedunia 2026 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

MetMalaysia, UKM perkenal sistem CMAQ pantau kualiti udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) terus mengukuhkan peranannya sebagai benteng hadapan dalam pengurusan bencana negara menerusi pelancaran sistem Model Pemantauan Kualiti Udara, Community Multiscale Air Quality (CMAQ) sempena sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2026, hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Joseph Kurup berkata, sistem itu merupakan projek kerjasama strategik antara MetMalaysia dan Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

Beliau berkata, inisiatif nasional ini bertujuan untuk menganalisis sumber pencemaran udara dan jerebu secara pantas dan tepat.

“Di samping itu, sistem ini dapat mengeluarkan amaran awal yang komprehensif dalam membantu agensi-agensi berkaitan dalam mempercepatkan
proses membuat keputusan demi melindungi kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat.

“Inilah komitmen kerajaan memanfaatkan sains dan teknologi demi kesejahteraan rakyat agar mereka menerima maklumat kualiti udara yang pantas, tepat, dan boleh dipercayai,” katanya ketika berucap semasa Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2026 di UKM di sini hari ini.

Sementara itu Joseph berkata, CMAQ yang memperuntukkan sebanyak RM3.28 juta di bawah RMK-12 itu merupakan sistem terbuka yang boleh diakses oleh orang awam.

“Kalau kita perhatikan, masalah seperti jerebu ini sudah menjadi masalah yang berlaku pada tiap-tiap tahun dan kebanyakan ini adalah di luar kawalan kita.

“Selain daripada jerebu, letusan gunung berapi juga boleh mengakibatkan pencemaran udara dan itu pun kerap kali berlaku daripada kawasan di luar negara kita. Maka dengan CMAQ ini, ia membantu supaya orang ramai boleh membuat persediaan yang rapi dan yang diperlukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN