fbpx
SEORANG lelaki mengalihkan air banjir dari kediamannya selepas hujan lebat di Kandahar, Afghanistan, 25 Mac lepas. – AFP

17 maut dalam 24 jam akibat bencana alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KABUL – Banjir teruk, tanah runtuh dan ribut petir di Afghanistan meragut 17 nyawa dan mencederakan 26 orang dalam tempoh 24 jam lalu, kata pihak berkuasa kelmarin, lapor laman berita Arab News.

“Jumlah korban dijangka meningkat ketika kakitangan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan meninjau kawasan terjejas,”  kata jurucakap pihak berkuasa, Yousuf Hammad. 

Sebanyak 13  daripada 34 wilayah di mana kebanyakannya di bahagian barat, tengah, dan barat laut Afghanistan kini terjejas.

Cuaca buruk juga menyebabkan 147 rumah,  sama ada rosak atau musnah sepenuhnya, memusnahkan 80 kilometer jalan raya dan merosakkan tanah pertanian serta terusan pengairan, kata Hammad.

Awal tahun ini, salji tebal dan banjir kilat mengorbankan berpuluh-puluh  orang di seluruh  negara.

Afghanistan sangat terdedah kepada cuaca ekstrem, dengan salji dan hujan lebat mencetuskan banjir kilat yang kerap membunuh puluhan, malah ratusan mangsa pada sesuatu masa.

Pada  2024, lebih 300 orang maut dalam banjir kilat pada musim bunga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN