fbpx
Gambar pertemuan Anwar dengan Abdel Fattah El Sisi yang dikongsi di laman Facebooknya.

Mesir beri jaminan mudahkan akses bantuan ke Gaza – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri memaklumkan Kerajaan Mesir telah memberi jaminan dan komitmen untuk memudahkan akses penghantaran 374 tan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan tersebut telah dipersetujui Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi pada satu pertemuan sebelum ini.

Jelasnya, langkah tersebut membolehkan bantuan dari Malaysia itu segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang memerlukan.

“Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini.

“Dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas,”katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memohon rakyat untuk berdoa agar bantuan itu sampai dengan selamat di Gaza.

“Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya-Allah,”kata Anwar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN