COLOMBO – Seorang lelaki dihukum penjara tiga minggu selepas mengaku bersalah menyorok 4 liter petrol semasa Sri Lanka berdepan kekurangan bahan api akibat perang Asia Barat, lapor media tempatan semalam.
Lelaki berusia 48 tahun itu pada mulanya berkata, dia cuma menyimpan petrol untuk digunakan dalam mesin pemotong rumput miliknya.
Seorang majistret di Nikaweratiya, 125 kilometer ke di timur laut ibu negara Sri Lanka, Colombo turut mengenakan denda 1,500 rupee (RM20) terhadap tertuduh, lapor akhbar Lankadeepa.
Beliau berkata, tertuduh didakwa kerana menyorok petrol dan cuba menjualnya di pasaran gelap pada masa pihak berkuasa mengenakan catuan bahan api.
Pemandu di Sri Lanka pada masa ini menerima bahan api selang sehari.
Menurut kerajaan, stok diesel sedia ada mencukupi sehingga pertengahan Mei ini, manakala bekalan petrol pula boleh bertahan kira-kira seminggu lebih lama. – AFP














