fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran di TikTok oleh Zufar.Azman berniaga air balang.

[VIDEO] Remaja disleksia jual air tembikai, bayar seikhlas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Walaupun diuji dengan penyakit disleksia, seorang remaja tetap gigih mencari rezeki dengan menjual air balang menggunakan konsep membayar mengikut kemampuan masing-masing.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh Zufar.Azman, dia mengusahakan gerai air tembikai dengan bantuan adik-beradiknya di tepi jalan kediaman keluarga tanpa meletakkan tanda harga pada jualan air balangnya.

“Bayar seikhlas hati,” katanya kepada pelanggan yang bertanya akan harga air tersebut.

Rata-rata pelanggan dilihat tergamam apabila diberitahu mengenai konsep bayaran itu.

Walaupun ada yang membayar serendah 10 sen atau 50 sen, Zufar tetap menerimanya dengan hati terbuka dan memberikan seberapa banyak cawan yang diinginkan oleh pelanggan.

“Kalau bayar guna duit besar, kita akan pulang baki. Kami terima yang ikhlas saja,” tambahnya lagi.

“Alhamdulillah, kalau niat baik macam ini Insya-Allah rezeki itu tetap ada,” ujar Nidzamzen.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenal sebagai Fjjffov.

“Bayar ikut suka sebab dia tengah bersedekah bukan buat business (perniagaan),”.

Video tular tersebut bukan sahaja mendapat perhatian ramai kerana keunikan cara pembayarannya, malah membuktikan bahawa nilai kejujuran dan keikhlasan dalam berniaga masih ada dalam kalangan masyarakat kini. – KOSMO! ONLINE

@zufar.azmanAnda perlu tahu

♬ original sound – Zufar Azman – Zufar Azman 🍉

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN