fbpx
ANGGOTA bomba memadam kebakaran melibatkan gerai mercun berhampiran Dataran Lenggong, Lenggong hari ini.

Empat khemah jual mercun terbakar, seorang lelaki cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LENGGONG – Empat buah khemah yang dijadikan sebagai gerai jualan mercun musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Dataran Lenggong di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 2.48 petang.

Katanya, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi memadam kebakaran.

“Dalam kejadian itu, empat buah khemah terbuka berkeluasan 20 x 20 kaki persegi setiap satu mengalami kemusnahan dianggarkan 90 peratus.

“Seorang lelaki berusia 34 tahun dilaporkan mengalami kecederaan akibat letupan mercun,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ketua operasi menilai risiko sebelum mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan air tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya

“Operasi terkawal pada pukul 3.41 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 3.56 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN