fbpx
IQTIYANi ULFA menunjukkan barangan kemas yang ditawarkan kepada para pelanggannya di Taman Pengkalan Utama, Ipoh.

Yayasan Perak bantu lonjakkan perniagaan emas Iqtiyani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Bantuan kerajaan negeri Perak dalam bentuk pinjaman tanpa faedah serta konsultansi berte­rusan melonjakkan lagi perniagaan anak tempatan iaitu Iqtiyani Ulfa Mohd. Azamee, 45.

Menurut pemilik Kedai Emas Haifa di Taman Pengkalan Utama di Ipoh ini yang memulakan perniagaan tersebut sejak 2020, pinjaman tanpa faedah yang diterima­nya oleh Yayasan Perak sebanyak RM20,000 ternyata memberi ke­legaan padanya.

“Pinjaman tanpa faedah itu ­ba­nyak membantu usahawan seperti saya terutama mengembangkan lagi perniagaannya terutama melibatkan promosi berterusan.

“Selain itu, pegawai daripada Yayasan Perak sering ke premis saya untuk berbincang strategi pemasaran bagi meningkatkan lagi ali­ran pendapatan semasa,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Katanya lagi, Yayasan Perak turut membantu memaklumkan sekiranya terdapat ekspo atau pameran yang diadakan di negeri ini untuk komuniti usahawan sepertinya.

“Mereka turut membantu memberikan latihan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk media sosial seperti Facebook, Instagram, Threads, laman X, WhatsApp Business dan TikTok untuk pengiklanan secara berkesan.

“Saya turut diberi bimbingan untuk susun atur selain reka bentuk premis yang moden menggamit kehadiran pelanggan untuk membeli perhiasan termasuk jongkong emas,” katanya.

Beliau turut menghantar seorang pekerjanya yang merupakan tukang emas untuk mengikuti kursus-kursus jangka masa pendek berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak).

“Menerusi latihan tersebut, pekerja saya dapat menggunakan teknologi canggih untuk menghasilkan rekaan perhiasan emas yang popular di kalangan pelanggan.

“Pelanggan suka yang terkini tidak mengira kaum Melayu, Cina, India termasuk Orang Asli. Keamanan dan kemakmuran negeri ini membolehkan ‘kuasa beli’ mereka meningkat,” katanya.

Ujarnya, bilangan pelanggannya meningkat setiap bulan yang menunjukkan kerancakan ekonomi negeri ini di bawah pimpinan berwawasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Perkembangan positif itu selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menepati Flagship Keempat pelan berkenaan iaitu Koridor TVET Malaysia.

Selain itu, ia menepati Flagship Kelima Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang menjadi tunjang kepada visi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Moha­mad dalam membawa negeri ke arah kemajuan menyeluruh berteraskan kemapanan dan kesejahteraan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN