fbpx
RODRIGUEZ (tengah) mempengerusikan mesyuarat keselamatan di Caracas pada 19 Mac lalu. – AFP

Presiden Venezuela isytihar penjawat awam cuti seminggu, cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CARACAS – Presiden interim, Delcy Rodriguez mengisytiharkan cuti seminggu untuk  kakitangan awam kerana cuaca panas memburukkan lagi krisis bahan api di Venezuela.

Negara Amerika Selatan itu mencatu bekalan elektrik dengan kerap selama bertahun-tahun, dan memendekkan hari bekerja serta menggantung sesi persekolahan untuk menjimatkan tenaga semasa sambutan perayaan Hari Easter.

“Pada minggu  ini, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah mengisytiharkan cuti pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat (depan).

“Kementerian-kementerian  harus mengambil cuti ini sebagai sebahagian daripada pelan penjimatan tenaga elektrik,” kata Rodriguez sambil menambah,  Venezuela menghadapi 45 hari dengan suhu tinggi.

Bagaimanapun, menurutnya, perkhidmatan penting tidak akan terjejas.

Rodriguez memimpin Venezuela selepas Nicolas Maduro ditangkap oleh tentera Amerika Syarikat pada 3 Januari lalu.– AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN