fbpx
SETIAP umat Islam mempunyai impian sekali seumur hidup untuk menunaikan ibadah haji.

Jika cuti habis, mohon tanpa gaji untuk pergi haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majikan di negara ini disaran mempertim­bangkan permohonan cuti pe­kerja bagi menunaikan ibadah haji, khususnya bagi mereka yang pertama kali mendapat peluang ke Tanah Suci.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kamal Pardi berkata, pekerja boleh menggunakan cuti tahunan untuk menunaikan ibadah haji dengan membuat permohonan kepada majikan.

Menurut beliau, sekiranya baki cuti tahunan tidak mencukupi, pekerja boleh memohon cuti tanpa gaji.

“Walaupun kelulusan cuti ber­gantung kepada budi bicara majikan, namun sebagai majikan prihatin, alasan diberikan pekerja perlu dipertimbangkan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Katanya, perkara itu lebih wajar diberi perhatian khusus sekiranya melibatkan ibadah haji kali pertama yang menjadi tuntutan penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang wanita warga emas sayu apabila terpaksa menunai­kan haji bersendirian sele­pas suaminya tidak mendapat pe­le­pasan cuti daripada majikan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Hasnah Ahmad, 60, berkata, pada mulanya dia bersyukur se lepas rayuannya untuk menunai­kan haji pada tahun ini diluluskan oleh Tabung Haji (TH), namun bertukar sebak apabila mendapat tahu pasangannya, Rahman Hassan, 62, tidak dapat ikut serta ke Tanah Suci.

Katanya, suaminya yang be­kerja di sektor swasta tidak dibenarkan bercuti selama 45 hari bagi menemaninya ke Mekah.

“Sedih memang ada, tetapi saya reda kerana ini adalah panggilan daripada Allah. Saya anggap ini rezeki dan peluang yang tidak boleh dilepaskan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN