fbpx
Keadaan sebahagian daripada tiga premis perniagaan yang musnah terbakar di Pulau Perhentian, Besut hari ini.

Tiga premis perniagaan Pulau Perhentian musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Tiga premis perniagaan termasuk pusat perkhidmatan snorkel dan kedai runcit musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian, dekat sini hari ini.

Kebakaran pada pukul 4.25 pagi itu berlaku berhampiran sebuah chalet di pulau peranginan terkenal berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, ketiga-tiga premis perniagaan yang terbakar terbabit diperbuat daripada kayu dan terletak berdekatan antara satu sama lain.

“Siastan awal mendapati kebakaran bermula daripada sebuah premis perniagaan sebelum merebak ke pusat perkhidmatan snorkel dan kedai runcit berdekatan.

“Kesemua premis musnah 100 peratus namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Mohd. Rozaime berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Beliau menasihatkan peniaga di pesisir pantai peranginan agar sentiasa memastikan pendawaian elektrik di premis perniagaan mereka dalam keadaan baik.

“Peralatan pencegahan kebakaran bersesuaian haruslah disediakan bagi menghadapi kemungkinan buruk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN