fbpx
Beribu-ribu ekor burung gagak dirakam mengeliligi bangunan pencakar langit. - X

Beribu-ribu gagak misteri selubungi langit Tel Aviv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Langit Tel Aviv dipenuhi kawanan burung gagak yang terbang mengelilingi bangunan, dalam apa yang digelar orang ramai sebagai amaran malapetaka besar-besaran, lapor portal berita MailOnline.

Beribu-ribu ekor burung gagak dirakam mengelilingi bangunan pencakar langit termasuk Menara Azrieli, dalam rakaman video yang kini tular.

Ramai pengguna media sosial mengaitkan fenomena menakutkan itu dengan ketegangan berterusan Israel dengan Iran, serta mendakwa ia menandakan bencana yang bakal berlaku.

“Ini dianggap oleh ramai sebagai ‘petanda azab’ kerana ia sering diikuti dengan bencana besar,” kata seorang pengguna media sosial di platform X.

Kawanan burung yang berpusar itu menghasilkan awan gelap yang beralih di kaki langit, membuatkan penduduk dan pengguna media sosial terpegun dengan skala penghijrahan yang besar.

Bagaimanapun, saintis yang mengkaji burung berkata, fenomena itu bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sebahagian daripada penghijrahan bermusim rutin di sepanjang salah satu laluan burung paling sibuk di dunia.

Pakar menyatakan bahawa kira-kira 500 juta burung terbang melalui Israel setiap tahun semasa penghijrahan musim bunga, dengan burung gagak kerap berkumpul di kawasan bandar ketika musim bersarang. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN