fbpx
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun empat bulan dilaporkan hilang dari kediamannya di Bandar Baru Ampang semalam.

Selisih faham punca remaja perempuan keluar dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun empat bulan dilaporkan hilang dari kediamannya di Bandar Baru Ampang, di sini, semalam.

Kehilangan orang hilang (OH) disedari ibunya kira-kira pukul 7 malam selepas pulang ke rumah sebelum mendapati anaknya tiada.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pemeriksaan lanjut mendapati remaja terbabit dipercayai keluar dari rumah dengan membawa beg pakaian.

“Punca OH jeluar dipercayai akibat berselisih faham dengan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, OH itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 56 kilogram, berbadan kurus dan berkulit hitam manis.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau pegawai penyiasat, Insp Nur Alia Dyana Raimi, 017-6515201. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN