fbpx
Gambar hiasan.

Ramai pula yang dapat mesej ‘pinjam duit’ lepas raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, timbul pula satu ‘trend’ apabila segelintir individu mendakwa menerima mesej memohon pinjaman wang daripada kenalan lama mahupun saudara-mara.

Menerusi perkongsian di media sosial, ramai pengguna meluahkan pengalaman masing-masing apabila dihubungi individu tertentu yang secara tiba-tiba meminta bantuan kewangan, dengan alasan kehabisan wang selepas berbelanja besar semasa musim perayaan.

Seorang pengguna, Ashriq berkata, dia terkejut apabila menerima mesej daripada sepupunya dengan tujuan meminjam wang.

“Masa raya bukan main tunjuk kereta baru, tak sampai seminggu raya mesej nak pinjam duit. Raya bukan sekali seumur hidup yang sampai kau belanja tak ingat kemudian hari, ada tak yang lalui benda sama macam aku,” katanya.

Perkara sama turut dikongsikan pengguna lain yang mendakwa situasi tersebut seolah-olah menjadi kebiasaan setiap kali selepas musim perayaan, khususnya Aidilfitri.

Menurut Nur Iman, ada antara individu yang menggunakan alasan seperti gaji lambat masuk, komitmen bulanan tinggi atau perbelanjaan raya yang ‘terlebih bajet’ sebagai sebab untuk meminjam wang.

“Tolong itu boleh, tapi kalau dah jadi budaya setiap kali raya, memang susah juga,” ujarnya.

“Macam depa (dia) ja raya duit habis, yang kita tak raya? Duit kita tak berkurang kot sebab tu depa tak malu minta pinjam. Masalahnya ada yang pinjam dari tahun lepas pun tak bayar. Tuntut hutang kita pula kena marah macam tak sabar-sabar minta duit,” kongsi pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN