fbpx
EDLSTAL

Cklamovski ada sebab pilih Eldstal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menepis kritikan mendakwa pemain berpengalaman, Junior Eldstal tidak layak diserap dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada Selasa depan.

Menurut Cklamovski, pemilihan Eldstal yang kini berusia 35 tahun bukan dibuat secara rawak, sebaliknya atas kapasiti serta pengamalan luas dimilikinya dalam arena bola sepak antarabangsa.

Cklamovski berkata, kekurangan minit permainan di peringkat kelab bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) bukanlah isu besar tetapi pengaruh yang ada padanya lebih penting dalam misi menaikkan motivasi rakan-rakan sepasukan.

“Saya rasa ia adalah alasan yang biasa tentang mengapa Junior dipilih, saya terima. Sekali lagi, bukanlah luar biasa untuk membawa pemain berpengalaman ke dalam kem kali ini kerana ia berlaku dalam banyak pasukan di negara-negara lain.

“Apa yang dia sumbangkan dalam aspek kepimpinan adalah sangat bernilai dan itu adalah fakta yang anda tidak boleh ukur. Secara peribadi, saya rasa ada asas buat barisan kejurulatihan memilihnya Junior kali ini.

“Yang pasti, pemilihan pemain bukan hanya tertumpu kepada statistik semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira faktor lain yang mampu memberi impak kepada keseimbangan dan kekuatan keseluruhan pasukan,” kata Cklamovski.

Sebagai rekod, seramai 28 pemain telah dibawa Cklamovski untuk menjalani kem latihan pusat di Bangkok, Thailand sejak Isnin lalu sebagai persiapan mengharungi pasukan Vietnam.

Eldstal menjadi salah seorang daripada 10 pemain berusia 30-an telah dipanggil menguatkan pasukan kali ini dengan status pemain tertua menjadi milik penyerang naturalisasi, Paulo Josue yang berumur 37 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN