fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca panas: 11 kes kelesuan, tiga strok haba dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 15 kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi pemantauan berterusan dilaksanakan kerajaan dari 1 Januari hingga semalam.

KKM dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes kelesuan haba dilaporkan selain satu kes kejang haba dan tiga strok haba.

“Semua kes telah pulih kecuali satu kes melibatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kenderaan tanpa disedari oleh ibu bapa telah meninggal dunia disebabkan strok haba,” katanya hari ini.

Terdahulu, KKM merujuk kepada status cuaca panas dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini yang melaporkan beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1.

Amaran itu merujuk kepada status berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 Celsius hingga 37 Celsius sekurang-kurangnya
tiga hari berturut-turut.

KKM berkata, cuaca panas boleh memudaratkan kesihatan manusia di mana spektrum penyakit yang berkaitan cuaca panas boleh bermula dari tahap ringan
sehingga tahap yang teruk dan boleh membawa maut.

“Gejala penyakit akibat cuaca panas melampau adalah seperti sakit kepala, keletihan, kurang
tumpuan, pening, lemah-lemah otot atau kekejangan dan rasa mual.

“Keadaan yang terlalu teruk boleh mengakibatkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma.

“Semua individu yang terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama boleh mengalami penyakit berkaitan cuaca panas,” katanya.

KKM berkata, golongan seperti kanak-kanak, warga emas selain mereka mempunyai penyakit kronik, kumpulan pekerja terdedah kepada cuaca panas dan individu melakukan aktiviti fizikal lebih berisiko mendapat penyakit berkaitan cuaca panas.

Pada masa sama,KKM juga menggesa agensi kerajaan, institusi pendidikan, pusat jagaan harian warga emas dan pusat jagaan kanak-kanak agar mengambil langkah pencegahan disyorkan bagi mencegah penyakit berkaitan cuaca panas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN