ROMPIN – Keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini menyebabkan ladang kelapa sawit seluas kira-kira 60.7 hektar berhampiran Kampung Jemeri di sini terbakar sejak semalam.
Bagaimanapun tiada mangsa yang direkodkan setakat ini dan operasi pemadaman kebakaran masih giat dilakukan di ladang milik syarikat swasta berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Datuk Mohd. Razam Taja Ibrahim berkata, pihaknya yang tiba di lokasi pada pukul 3.15 petang semalam berjaya memadam kebakaran di kawasan seluas 40.4 hektar.
“Anggota bomba memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos dan empat pancutan dari sumber air terbuka selain dibantu pekerja ladang. Operasi yang ditangguhkan pukul 5.15 petang semalam dan disambung semula hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE














