fbpx
Nur Muhammad Amri yang juga Bilal Rawatib Masjid Kampung Kuantan, Klang tular di media sosial selepas kebaikannya membersihkan meja di cawangan sebuah makanan segera di Bentong. Foto THREAD IQAAAA

Terima kasih abang baju kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki berbuat baik dengan membantu membersihkan meja termasuk membuang sisa makanan ke tong sampah di sebuah cawangan restoran makanan segera, selepas kakitangan di tempat tersebut terlalu sibuk ekoran jumlah pelanggan terlampau ramai.

Kebaikan lelaki tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Thread Iqaaaa yang memuat naik gambarnya pada platform berkenaan sekali gus mendapat pelbagai maklum balas positif daripada orang ramai.

Cawangan restoran makanan segera itu terletak di sebuah stesen minyak di Bentong, Pahang dan lelaki tersebut berada di situ bersama keluarganya untuk makan di sana.

“Samalam kami dari Kuala Lumpur ke Kelantan, jadi kami berhenti di Bentong. Ramai orang dan staf (restoran) tak cukup sampai ada beberapa pelanggan nak pulangkan bayaran sebab tunggu lama sangat.

“Ada juga yang dah tinggi suara di kaunter. Tapi saya terkejut dengan abang ni datang dengan keluarga nak makan situ, tapi meja memang penuh dengan (bekas sisa makanan) macam gambar kedua tu.

“Abang baju kuning tu ambil keputusan untuk ambil plastik sampah dan kemaskan meja-meja. Bukan satu, dua ya, semua meja. Sampai ada orang tanya, ‘abang kerja sini ke’, dan abang ni cakap ‘eh bukan, saya tolong je’,” katanya pada hantaran berkenaan.

Iqaaaa berkenaan, ibunya kemudian memberikan duit raya kepada anak-anak lelaki tersebut dan dia turut mendoakannya itu dimurahkan rezeki daripada Allah.

“Apa apa pun akhir cerita, mama saya bagi duit raya kat anak-anak dia. Apa apa pun, abang memang terbaik. Semoga dipermudah segala urusan dan dimurahkan rezeki,” katanya.

Hantaran itu tular di media sosial dan ia turut mendapat maklum balas lelaki tersebut yang menghantar mesej peribadi kepada Iqaaaa.

Lelaki itu dikenali sebagai Nur Muhammad Amri Noor Hamidi merupakan Bilal Rawatib Masjid Kampung Kuantan, Klang.

“Assalamualaikum, saya Amri, abang dalam gambar dan yang awak post di Thread. Terima kasih untuk ucapannya, maafkan saya juga jika ada salah silapnya.

“Terima kasih juga duit raya untuk anak saya. Saya tidak mengharapkan balasan apa-apa. Doakan saya dan sekeluarga dipermudah segala urusan ya. Jumpa lagi di masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN