KOTA TINGGI – Sepasang kasut yang dibeli pasangan suami isteri untuk anak tunggal menjadi kenangan terakhir sebelum mereka maut dalam kemalangan tragis tahun lalu hingga mengundang sebak kepada ibu angkat bayi itu setiap kali ia dipakai. Liza Bachok, 43, berkata, bayi angkatnya, Nur Laylaa Batrysha yang berusia 11 bulan kehilangan ibu, Nur Fatihah Othman, 28, dan bapanya, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dalam nahas di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi pada 16 November 2025. Nahas berlaku apabila kereta Perodua Myvi……














