fbpx
NEW JOE menimba pengalaman pada aksi Piala Dunia di Perth untuk menjadi bekalan beraksi di ACC nanti.

New Joe intai podium di ACC Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSEMBAHAN memberangsangkan di pentas Piala Dunia menyuntik keyakinan buat pelumba muda negara, Lau New Joe memburu podium pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Tagaytay, Filipina yang berlangsung dari 25 hingga 31 Mac ini.

Pelumba berusia 20 tahun itu mengakui penampilan sulungnya di Piala Dunia di Perth, Australia, minggu lalu membuka ruang besar untuknya menimba pengalaman berharga di pentas tertinggi.

Menurutnya, meskipun menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik acara omnium, keputusan itu belum cukup buatnya sekali gus tekad meningkatkan kayuhannya selepas ini.

“Saya dapat belajar banyak daripada Piala Dunia di Perth ini dan sangat bersyukur diberi peluang. Ini penampilan pertama saya dan saya anggap tidak terlalu buruk, tetapi masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

“Walaupun berjaya berada dalam kelompok 10 terbaik, bagi saya itu masih belum cukup. Saya perlu bekerja keras selepas ini,” katanya kepada Kosmo!.

New Joe menyifatkan pencapaian tersebut sebagai langkah awal penting dalam pembangunan disiplin endurance negara di peringkat antarabangsa.

Justeru, pemenang pingat perak Sukan SEA Thailand itu turut berharap lebih banyak keputusan positif dapat diraih selepas ini, sekali gus membantu mengangkat nama Malaysia dalam acara berbasikal trek.

Sebagai persiapan menghadapi ACC, New Joe kini menjalani kem latihan di Melbourne, Australia, selain menyertai beberapa perlumbaan kecil sebagai pendedahan tambahan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI