fbpx
Muhammad Darwish Iqbal (tiga dari kiri) dan tiga adiknya dibantu kakitangan Perkeso Terengganu mencuba pakaian raya di KTCC Mall, Kuala Terengganu hari ini.

Enam beradik sukar lupa nahas mengorbankan ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Meskipun sudah tujuh tahun berlaku, insiden nahas mengorbankan ibu bapa mereka masih segar dalam ingatan Muhammad Darwish Iqbal Kamal Hisham, 16, dan lima beradik.

Katanya, ketibaan Aidilfitri tambah menguatkan lagi kepiluan dia dan adik-beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata dalam insiden di Jalan Felda Kerteh 2 pada 3 Oktober 2019 itu.

“Saya dan tiga adik lain berusia 12 hingga 15 tahun ditempatkan di Asrama Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payong, Marang selepas bergelar yatim piatu.

“Abang sulung dan adik bongsu pula menumpang kasih di rumah bapa saudara di Kampung Pasir Raja, Dungun,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dia dan tiga adiknya antara 22 anak angkat Pertubuhan Keselamatan Perkeso Sosial (Perkeso) yang menerima sumbangan pakaian raya.

Muhammad Darwish Iqbal berkata, mereka enam beradik akan berkumpul di rumah bapa saudaranya di Kampung Pasir Raja pada 1 Syawal ini.

“Sudah menjadi rutin kami menziarah pusara arwah ibu dan ayah (Norhapisah Idris dan Kamal Hisham Mustaffa) sesudah solat sunat Aidilfitri untuk melepas kerinduan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI