fbpx
MCLAREN berdepan isu komponen elektronik pada bahagian unit kuasa menyebabkan mereka gagal memulakan perlumbaan di GP China. - AFP

F1: McLaren resah jentera tersadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHANGHAI – Pasukan McLaren berdepan kebimbangan susulan kegagalan sistem elektronik pada komponen unit kuasa yang menjadi punca utama kedua-dua jentera mereka tersadai dan gagal memulakan saingan di Grand Prix (GP) China 2026 minggu lalu.

Prinsipal Pasukan, Andrea Stella menyifatkan kegagalan tersebut sangat mengecewakan apabila Lando Norris dan Oscar Piastri gagal memulakan perlumbaan sekali gus memberi tamparan awal kepada kempen mereka musim ini.

Norris menjadi pelumba pertama berdepan masalah apabila jenteranya gagal keluar dari garaj sebaik pit lane dibuka, meskipun usaha pembaikan pantas cuba dilakukan oleh pasukan teknikal.

Piastri pula pada awalnya berjaya membawa jenteranya ke petak mula, namun masalah serupa dikesan pada saat akhir menyebabkan keretanya terpaksa ditarik semula ke garaj sebelum perlumbaan bermula.

“Hari yang mengecewakan kerana kami datang untuk berlumba, tetapi akhirnya kedua-dua jentera hanya berada di garaj ketika saingan sedang berlangsung.

“Bagi jentera Norris, kami mengesan masalah pada bahagian elektronik unit kuasa dan tidak dapat berkomunikasi dengan komponen tersebut. Kami cuba menukar beberapa komponen serta melakukan program semula, namun ia gagal diselesaikan.

“Kereta Piastri gagal dihidupkan semula di grid. Ia masih berkait dengan komponen sama, tetapi dengan jenis kerosakan yang berbeza. Situasi ini sangat luar biasa kerana dua masalah kritikal berlaku serentak pada komponen yang sama,” jelasnya.

Mengulas impak terhadap kejuaraan, Stella mengakui kehilangan mata adalah kerugian terbesar buat pasukan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN