fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beberapa pekerja mengangkat keranda yang dipesan oleh pelanggan. - Lambe Turah

Pekerja kurier terkejut, kena hantar keranda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan pekerja kurier di Indonesia terkejut apabila mereka terpaksa menghantar bungkusan berupa sebuah keranda panjang kepada pelanggan, lapor portal bertia Lambe Turah. 

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan pekerja-pekerja itu mengangkat sebuah bungkusan yang dibalut dengan kertas berwarna coklat. 

Apa yang menarik perhatian adalah keranda tersebut merupakan satu-satunya barangan aneh yang diterima mereka. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Semua keranda jadi ‘parcel’,” kata seorang netizen. 

“Tinggal di Indonesia seronok juga,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN