fbpx
Gambar hiasan

Bila ‘pokai’ duit raya anak jadi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Duit raya anak sebenarnya menjadi hak milik anak itu sendiri dan perlu diganti mengikut jumlah diambil jika digunakan oleh ibu bapa.

Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman berkata, pada asasnya harta milikan anak tidak boleh diambil sewenang-wenangnya tanpa sebab munasabah.

Jelasnya, walau bagaimanapun Islam memberikan kelonggaran tertentu kepada ibu bapa terhadap harta anak-anak mereka.

“Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Engkau dan hartamu adalah milik ayahmu (Riwayat Ibn Majah). “Para ulama menjelaskan bahawa hadis ini bukan bermaksud ibu bapa bebas mengambil harta anak sesuka hati, tetapi ia me­nunjukkan bahawa ibu bapa dibenarkan mengambil harta anak jika ada keperluan dan tidak memudaratkan anak tersebut,”

“Adapun jika sekadar menggunakan duit raya anak untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan keperluan atau tanpa keperluan yang jelas, seperti perbelanjaan peribadi yang tidak penting, maka dari sudut adab dan keadilan ia adalah sesuatu yang tidak wajar,” katanya kepada Kosmo! di sini, baru-baru ini.

Jelas beliau, begitu juga sekiranya ibu bapa menggunakan duit anak untuk membayar pembelian barangan secara dalam talian (online) atau mengambil tunai (COD) bagi kegunaan sendiri tanpa keperluan yang sebenar.

“Maka, perbuatan tersebut sepatutnya dielakkan. Namun, dalam keadaan seperti ini, lebih baik ibu bapa menggantikan semula jumlah tersebut agar hak anak tetap terpelihara.

Katanya lagi, para ulama ada menyatakan beberapa keadaan yang dianggap munasabah dan membolehkan ibu bapa menggunakan duit raya.

“Antaranya, duit anak digunakan untuk keperluan mereka (anak) itu sendiri seperti membeli pakaian, buku, makanan atau keperluan persekolahan dan tabungan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI