fbpx
Program Sumbangan Bubur Lambuk anjuran Yayasan Ar Riduwan di Hospital Selayang.

Yayasan Ar Riduwan agih bubur lambuk di hospital, balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Yayasan Ar Riduwan (YAR) telah mengagihkan sebanyak 8,000 bungkusan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Operasi YAR, Lokmanulhakim Muhamad Riduwan berkata, pengagihan tersebut adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program Sumbangan Bubur Lambuk.

Jelas beliau, program itu dilaksanakan menerusi dua fasa bermula 22 Februari dan 2 Mac lalu dengan memberi fokus kepada petugas kesihatan, pesakit serta waris yang berada di sekitar hospital.

“Sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diagihkan di setiap hospital termasuk balai polis terpilih di mana program itu sebagai tanda penghargaan kepada mereka berkhidmat tanpa mengira masa serta sebagai sokongan moral kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitan.

“Penganjuran program ini juga untuk berkongsi rezeki serta menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan bersama komuniti setempat,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara enam hospital yang terlibat dalam program itu adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Kajang, Hospital Sg Buloh dan Hospital, Selayang.

Turut terlibat Balai Polis Wangsa Maju dan Balai Polis Melawati yang disokong 12 kakitangan sukarelawan yayasan.

“YAR percaya CSR bukan sekadar sumbangan tetapi usaha berpanjangan dalam membina hubungan yang kukuh dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat,” katanya.

Tambah Muhamad Riduwan, YAR juga mempertimbangkan untuk memperluaskan program itu ke negeri lain pada masa depan agar lebih ramai masyarakat dapat menerima manfaat daripada inisiatif yang dijalankan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI