TARIKH hari raya itu memang ‘fitrahnya’ misteri. Tidak ada sesiapa yang seharusnya benar-benar yakin bila jatuhnya kerana semuanya bergantung penampakan anak bulan pada malam 29 Ramadan dari sesuatu lokasi. Sabda Rasulullah SAW: Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berhari rayalah kamu kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan itu (30 hari). Hakikatnya, tiada siapa di antara kita berkuasa ke atas bulan dan awan. Usah terlalu yakin sehingga mendakwa dakwi dan usah juga berteka-teki, raya……














