fbpx
SIVASANGARI berjaya menewaskan pemain AS pada aksi final untuk menjuarai Terbuka Australia. - FB PSA SQUASH TOUR

Sivasangari akhiri kemarau trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BINTANG skuasy negara, S. Sivasangari menamatkan kemarau trofi selama 13 bulan apabila menjuarai Terbuka Australia selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat, Marina Stefanoni pada aksi final di Brisbane, Ahad lalu.

Pemain ranking keenam dunia itu menepati status pilihan utama apabila menundukkan Stefanoni 11-7, 11-4, 11-8 dalam tempoh 28 minit sekali gus meraih gelaran ke-16 Jelajah PSA World Tour sepanjang kariernya dan yang kedua di peringkat Gold.

Kemenangan tersebut cukup bermakna buat Sivasangari memandangkan kali terakhir dia menjulang trofi adalah pada Februari tahun lalu ketika menjuarai Cincinnati Gaynor Cup.

“Ini minggu yang sangat hebat buat saya di Australia. Menang gelaran ini sangat bermakna kerana reputasi kejohanan ini cukup besar,” kata Sivasangari.

Menurutnya, kejayaan itu juga memberi suntikan keyakinan untuk terus memperbaiki prestasi selain memburu kedudukan ranking yang lebih baik di pentas dunia.

“Ini gelaran Gold kedua saya dan saya rasa permainan saya semakin baik. Saya juga semakin hampir untuk naik lagi dalam ranking dunia,” jelasnya.

Sivasangari yang kini menjalani latihan di Prague di bawah bimbingan bekas juara dunia, Grégory Gaultier turut mengakui terdapat sedikit tekanan apabila turun sebagai pemain pilihan utama kejohanan.

Pemain berusia 26 tahun itu turut menganggap kemenangan di suku akhir ke atas pemain Belgium, Nele Gilis sebagai titik penting yang membantu meningkatkan keyakinannya di kejohanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI