fbpx
Gambar Hiasan

Peguam syarie bukan kaunselor rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang peguam syarie menegaskan bahawa peranan peguam dalam hal-hal perundangan keluarga sering disalah anggap sebagai perkhidmatan kaunseling rumah tangga.

Menurut Fahmi Ramli, ada segelintir individu yang menghubungi peguam syarie melalui mesej peribadi atau platform media sosial untuk mendapatkan nasihat berkaitan perhubungan atau masalah rumah tangga.

“Jujur kita kena faham satu perkara, peguam syarie bukan kanselor. Kami bukan untuk memberi kata-kata tentang dosa, pahala, atau nasihat supaya baik balik dengan pasangan,” katanya dalam satu perkongsian di kumpulan Telegram, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa perbezaan antara peguam syarie dan kaunselor rumah tangga perlu difahami dengan jelas.

Katanya, kauselor biasanya dari pejabat agama, bertanggungjawab memberikan nasihat berkaitan konflik rumah tangga dan membantu pasangan menangani masalah tanpa perlu membawa isu ke mahkamah.

“Kalau pasangan ini ada bergaduh tapi tak adalah sampai nak bercerai. Jadi, tanya terus ke pejabat agama ataupun carilah kaunselor rumah tangga. Tapi kalau peguam syarie ini, dia lebih kepada nasihat undang-undang,” jelasnya.

Fahmi turut memberi contoh, sekiranya seseorang tidak mendapat nafkah, peguam syarie boleh memberi panduan mengenai hak-hak yang boleh dituntut di mahkamah.

“Kita tak dapat nafkah jadi kita nak tuntut nafkah, yang itu boleh. Tapi kalau tanya saya tak dapat nafkah jadi apa patut saya buat kalau saya tak mahu cerai? Saya nak kata apa? Saya tak mahu cerai. Itu maksudnya dia nak baik balik dengan suami dia.

“Nak suruh nasihatkan suami dia. Semua tu dekat pejabat agama untuk kaunseling. Okey. Beza antara nasihat rumah tangga dengan nasihat perundangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI