fbpx
Gambar Hiasan

Dicekik, diacu pisau gara-gara mengidam ayam gepuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hanya kerana mengidam ayam gepuk, seorang wanita berdepan detik menakutkan apabila dicekik serta diacu pisau oleh suaminya dalam kejadian di sebuah flat di Cheras, di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang merupakan suri rumah berusia 33 tahun dilaporkan berada di rumah mereka di Flat Sri Sabah sebelum meminta suaminya membeli ayam gepuk kerana mengidam.

Bagaimanapun, permintaan tersebut dipercayai mencetuskan pertengkaran apabila lelaki berkenaan bertindak memarahi mangsa selain memaki hamun.

“Suami pengadu memarahi dengan menyebut membela tiga ekor anjing dalam rumah ini dan meminta pengadu untuk masak sendiri.

“Semasa kejadian suami pengadu telah mencekik leher, capai objek (pisau sayur) dan diletakkan di leher pengadu, tampar di bahagian muka dan tumbuk kepala pengadu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras di sini.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN