fbpx
Memerangi aktiviti rempit dan pelanggaran undang-undang dalam kalangan penunggang motosikal akan menjadi fokus utama.

JPJ isytihar perang terhadap mat rempit bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Memerangi aktiviti rempit dan pelanggaran undang-undang dalam kalangan penunggang motosikal akan menjadi fokus utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) di Terengganu selama 13 hari bermula esok.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, penekanan itu diberi berikutan meningkatnya aktiviti merempit di negeri ini sepanjang bulan Ramadan ini.

“Peserta konvoi juga dilihat membawa motosikal secara berbahaya selain pemeriksaan mendapati ramai melakukan pengubahsuaian ekstrem yang tidak dibenarkan.

“Antaranya mencabut brek belakang, ubah suai enjin, memakai tayar sotong dan menanggalkan nombor plat atau sengaja membuang satu ansara dalam nombor pendaftaran,” katanya ketika mengetuai Ops Khas Motosikal di Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini awal pagi tadi.

Sebanyak 22 motosikal termasuk milik seorang remaja perempuan berusia 17 tahun telah disita dalam operasi tersebut atas pelbagai kesalahan.

Mohd. Zamri berkata, selain isu teknikal dan lesen, cukai jalan serta insurans, kesalahan tidak memakai topi keledar dalam kalangan penunggang motosikal juga akan diberi penekanan sepanjang Ops HRA.

Beliau berkata, antara lokasi panas mat rempit akan diberi perhatian di bandar raya ini ialah Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan Padang Midin di sini.

“Penekanan diberi memandangkan penunggang motosikal juga menjadi penyumbang terbesar kes kemalangan terbesar di negeri ini sewaktu pelaksanaan Ops Tahun Baharu Cina pada bulan lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN