fbpx
Bastien Onn ketika menyampaikan bantuan Syawal kepada penerima asnaf hari ini.

Bawa pulang ahli digantung, dibuang langkah awal penyatuan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Cadangan membawa kembali ahli yang pernah dibuang dan digantung daripada UMNO dilihat sebagai langkah penting ke arah memperkukuh semula perpaduan parti Melayu itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Bastien Onn berkata, pengumuman dibuat UMNO yang mengajak semua ahli pernah dibuang dan digantung kembali ke dalam parti tanpa syarat merupakan satu langkah positif dalam usaha menyatukan semula keluarga besar parti itu.

Menurut beliau, usaha tersebut diselaraskan oleh Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, cadangan tersebut merupakan pengumuman pertama daripada jawatankuasa berkenaan dan dilihat sebagai langkah sulung yang terbaik sebelum parti menerima kehadiran pihak lain dalam konsep ‘Rumah Bangsa’ yang sedang diusahakan.

“Nama-nama seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan bukan sahaja mempunyai pengaruh, malah turut mewajahkan UMNO dengan imej yang lebih progresif,” katanya selepas menyampaikan bantuan Syawal kepada 250 penerima asnaf hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyambut baik mereka dari Johor yang telah membuat kenyataan untuk kembali kepada UMNO, namun keputusan muktamad akan dibuat di peringkat Majlis Tertinggi parti itu melalui Rumah Bangsa.

Dalam pada itu, Bastien turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan parti atas usaha berkenaan.

“Cadangan yang dikemukakan Mohamed Khaled Nordin kepada pucuk pimpinan untuk membawa kembali mereka yang dibuang dan digantung memberi seribu makna kepada pengertian Rumah Bangsa. Terima kasih Presiden,” katanya.

Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Segamat, See Ann Giap berkata, kesediaan Menteri Besar Johor untuk mengetuai jentera BN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor disifatkan amat bertepatan dalam menarik sokongan rakyat.

Ini kerana, katanya, beliau berjaya mengukuhkan kedudukan ekonomi Johor dengan menarik banyak pelaburan luar ke negeri ini di samping menjaga kebajikan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI