fbpx
AZIZULHASNI

Azizulhasni, Shah Firdaus tak sertai ACC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUA jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom tidak akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2026 (ACC Trek 2026) di Tagaytay, Filipina dari 25 hingga 31 Mac ini.

Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Amarjit Singh Gill yang memaklumkan keputusan tersebut dibuat bagi memberi tumpuan kepada kejohanan lebih penting selepas ini.

Menurut Amarjit, PKBM mahu Azizulhasni yang dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ menumpukan sepenuh perhatian kepada saingan Siri Piala Dunia Trek seterusnya di Malaysia bulan depan.

“Kami di PKBM berpendapat lebih baik Azizulhasni memberi tumpuan kepada Siri Piala Dunia Trek yang akan berlangsung di Nilai. Tambahan pula kejohanan itu kembali dianjurkan di negara ini selepas 25 tahun,” katanya.

Tambahnya, langkah sama turut diambil terhadap Shah Firdaus bagi memastikan kedua-dua pelumba berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan tersebut..

Dalam masa sama, PKBM mahu menjadikan ACC Trek 2026 sebagai platform memberi peluang kepada pelumba muda menyerlah di pentas Asia dengan Lau New Joe dijangka diberi kepercayaan mewakili skuad kebangsaan pada kejohanan tersebut.

“Saya percaya ACC Trek 2026 di Tagaytay boleh menjadi medan terbaik buat pelumba muda menguji kemampuan mereka menentang pencabar dari seluruh Asia,” katanya.

Amarjit juga menegaskan PKBM turut menyasarkan penyertaan Azizulhasni dan Shah Firdaus di Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Kejohanan tersebut dianggap penting menjelang bermulanya pusingan kelayakan mata untuk Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN