fbpx
Siti Hajar menyampaikan sumbangan kewangan kepada Helmi Gimmick di kediamannya di Bandar Baru Nilai. Foto IHSAN MAINS

Helmi Gimmick diuji kanser buah pinggang tahap empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Penghibur Helmi Gimmick yang sedang berjuang melawan kanser buah pinggang tahap empat menganggap bantuan kewangan yang diterima daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) tepat pada waktunya.

Pemilik nama lengkap Harun Tahir, 65, berkata, pendapatannya sebagai anak seni bergantung kepada tugasan yang diterima.

“Kalau tiada ‘job’, tiada pendapatan. Saya baru dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas menjalani pembedahan membuang buah pinggang kiri dua minggu lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Helmi menerima kunjungan Penolong Pegawai MAINS Cawangan Nilai, Siti Hajar Daud Mains yang menyampaikan sumbangan tunai di rumahnya di Bandar Baru Nilai, di sini.

Cerita Helmi, dia masih menerima rawatan susulan di hospital dan terharu apabila peminat, pihak swasta dan agensi berkaitan termasuk MAINS dan Perkeso tidak pernah melupakannya.

Sementara itu, MAINS berkata, pihaknya menziarahi dua pesakit kanser yang berdepan masalah kesihatan termasuk Harun atau Helmi Gimmick yang diuji penyakit kanser buah pinggang tahap empat.

“Wajahnya tetap tenang, tutur katanya positif dan beliau terus bersangka baik kepada Yang Maha Esa. Di sebalik kesakitan, masih ada kekuatan yang jelas terpancar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN