fbpx
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah stor di Kampung Pelubang, Jitra semalam. (Gambar kecil: Mohd. Syaiful)

Lelaki terperangkap ketika cuba selamatkan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Seorang lelaki yang maut dalam kebakaran di Kampung Pelubang, di sini semalam dipercayai masuk semula ke dalam sebuah stor yang terbakar untuk menyelamatkan motosikalnya sebelum terperangkap.

Mangsa, Mohd. Syaiful Akmal Abu Hassan, 37, yang bekerja memasang khemah dan mengurus stor peralatan katering ditemukan meninggal dunia berhampiran stor penyimpanan barang katering yang musnah dalam kebakaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 kira-kira pukul 5.50 petang memaklumkan mengenai kejadian kebakaran di kawasan berhampiran Masjid As-Salam, Kampung Pelubang.
“Pasukan polis dari Balai Jitra bersama anggota bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati sebuah stor penyimpanan barang katering terbakar dan seorang lelaki ditemui meninggal dunia berhampiran kawasan stor tersebut.

“Hasil temu bual dengan ahli keluarga mangsa mendapati mangsa pada mulanya sempat keluar dari stor ketika kebakaran berlaku, namun dipercayai masuk semula ke dalam stor untuk mengambil motosikalnya sebelum terperangkap dalam kebakaran tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN