fbpx
Orang ramai memenuhi pekarangan kediaman mangsa di Kampung Guar Kepayang, malam tadi.

Suami, anak lelaki melecur semasa cuba selamatkan mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Suami dan anak lelaki kepada wanita yang ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Guar Kepayang, Kepala Batas di sini, petang tadi dilaporkan mengalami kecederaan melecur dipercayai ketika mahu menyelamatkan mangsa.

Yacob Aziz, 66 dikatakan melecur pada tangan, kepala dan badan serta dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala Norhisyam, 36 yang dilaporkan melecur pada kedua-dua kaki kini berada di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Mayat mangsa, Siti Aisyah Ahmad,58, kini berada di Hospital Kepala Batas (HKB) dan bedah siasat dijangka dilakukan pada pagi esok.

Dalam kejadian itu, anak saudara Siti Aisyah yang berusia lapan tahun dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, operasi memadamkan kebakaran tamat sepenuhnya pada pukul 8.31 malam tadi.

“Lokasi kebakaran seterusnya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) dan pasukan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Unit Pengesan K9 telah dihubungi ke lokasi bagi membantu kerja-kerja siasatan,” tambahnya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati, saudara-mara dan penduduk berhampiran memenuhi pekarangan luar kediaman keluarga tersebut setakat pukul 12 malam tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita ditemukan rentung dipercayai gagal menyelamatkan diri dalam satu kejadian kebakaran, kira-kira pukul 4.55 petang tadi.

Mayat wanita tersebut dijumpai di bilik tidur ketiga, pada pukul 5.55 petang tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN