fbpx
Gambar hiasan.

KL, 6 lagi negeri alami ribut petir hingga lewat malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan Kuala Lumpur dan enam negeri lain yang dijangka berlarutan sehingga 11 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan serta Sabah.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Pendang, Sik dan Baling, manakala di Perak membabitkan Hilir Perak dan Muallim.

Bagi Pahang pula, ribut petir dijangka berlaku di Raub dan Bentong, selain melibatkan keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Negeri Sembilan, kawasan yang dijangka terjejas ialah Jelebu dan Seremban, sementara di Sabah membabitkan daerah Nabawan di Pedalaman.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan peka dengan perubahan cuaca, terutama mereka yang berada di kawasan terlibat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI