MELAKA – Berbaki kurang daripada seminggu untuk umat Islam menyambut hari raya, mungkin ada suri rumah yang berihat daripada menyediakan masakan berbuka puasa atau keluarga yang bercadang untuk duduk semeja makan berbuka puasa bersama atau majikan yang mahu meraikan kakitangannya pada bulan Ramadan ini.
Jika buntu mencari lokasi berbuka puasa yang bersesuaian, apa kata memilih Birkin International Hotel (Birkin Hotel) untuk meraikan ahli keluarga, rakan, orang tersayang dan kakitangan kerana ia menawarkan hidangan lazat yang berbeza daripada hotel lain.
Bufet bertemakan Gulai Kawah Tradisi ini bakal menawarkan sebuah pengalaman pengalaman kulinari yang mengetengahkan hidangan warisan tempatan dan suasana berbuka puasa yang penuh kemeriahan dan kebersamaan.

Tawaran bufet sehingga 19 Mac ini menyajikan pelbagai hidangan sajian sajian tradisional yang diinspirasikan daripada resipi turun-temurun masyarakat Malaysia.
Pengurus Besar Birkin Hotel, Kevin Lee berkata, sambutan Ramadan adalah antara musim yang paling dinantikan oleh pihak hotel setiap tahun kerana ia membawa peluang untuk menghimpunkan tetamu daripada pelbagai latar belakang dalam suasana yang penuh kemesraan.
“Promosi perayaan ini bukan sekadar tentang hidangan, tetapi tentang menyatukan insan dalam meraikan detik-detik bermakna. Daripada kemeriahan Tahun Baharu Cina hingga ke semangat kebersamaan di bulan Ramadan, kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada sambutan perayaan ini bersama para tetamu,” katanya ketika ditemui di hotel tersebut baru-baru ini.

Lee menjelaskan, pasukan kulinari hotel sentiasa berusaha untuk memastikan setiap hidangan yang disajikan bukan sahaja memenuhi citarasa tetamu, tetapi juga mencerminkan kekayaan budaya makanan tempatan.
Selari dengan konsep Gulai Kawah Tradisi, bufet ini mengetengahkan teknik masakan tradisional menggunakan kawah besar, yang sinonim dengan kenduri-kendara dan majlis gotong-royong di kampung.
Kaedah memasak ini bukan sahaja mengekalkan keaslian rasa, malah menghasilkan aroma dan kepekatan kuah yang lebih menyelerakan.
Antara tarikan utama bufet tahun ini ialah Kambing Gulai Kawah, menu istimewa rusa golek, nasi arab, ayam bakar tandoori, ayam panggang maharani, ketam bunga masak lemak, murtabak tomahawk dan ekor asam pedas serta sup sum sum.
Terdapat juga pelbagau pilihan pembuka selera, hidangan panas, aneka kuih-muih tradisional, pencuci mulut, serta minuman yang melengkapkan pengalaman berbuka puasa para tetamu.
Harga bufet Ramadan ditawarkan adalah RM205 bagi dewasa dan kanak-kanak serta warga emas adalah RM165 seorang. -KOSMO! ONLINE














