fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yag dimuat naik oleh @Cikacuyuszaf di laman Threads.

‘Dahulu aku pengkid…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang wanita yang sebelum ini disifatkan sebagai pengkid namun berubah selepas menunaikan umrah menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Menerusi hantaran di laman Threads oleh @Cikacuyuszaf berkongsi kisah hidupnya yang sebelum ini jauh tersasar sebelum diberi peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Menurutnya, dia sebelum ini sering berpakaian seperti lelaki, berambut pendek dan menjalani kehidupan sebagai tomboy sehingga menerima pelbagai pandangan serong daripada orang sekeliling.

“Aku dikenali sebagai pengkid atau tomboy. Berpakaian seperti lelaki, rambut pendek dan hidup jauh dari apa yang sepatutnya.

“Ramai orang memandang serong. Ada yang menghina, ada yang menjauh. Tapi yang paling aku takut sebenarnya Allah juga menjauh dari aku,” katanya.

Bagaimanapun, hidupnya berubah selepas dia diberi peluang menunaikan umrah dan menjejakkan kaki di Tanah Suci.

“Bila pertama kali aku nampak Kaabah, kaki aku jadi lemah. Air mata jatuh tanpa aku sedar. Dalam hati aku cuma mampu berkata sambil mengenangkan hidup aku yang jauh tersasar,” ujarnya.

Tambahnya, detik itu menjadi titik perubahan terbesar dalam hidupnya apabila dia mengambil keputusan untuk mula berhijab.

“Di situlah aku buat satu keputusan dalam hati. Aku sarung tudung buat pertama kali, bukan sebab orang suruh dan bukan sebab malu pada manusia. Tapi sebab aku takut kehilangan hidayah yang Allah beri saat itu,” luahnya.

Walaupun mengakui dirinya masih belum sempurna, wanita tersebut berkata dia kini sedang berusaha memperbaiki diri dan menjadi wanita yang diredai Allah.

“Tapi satu yang aku pegang sampai hari ini, kalau Allah boleh jemput aku ke rumah-Nya walaupun aku penuh dosa, itu tanda Allah masih sayang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI