fbpx
TUDOR diberikan peluang terakhir untuk menentukan kariernya bersama Spurs apabila perlu memastikan kemenangan ke atas Liverpool. - AFP

EPL: Talian hayat terakhir Tudor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Igor Tudor mendapat talian hayat terakhir bagi menyelamatkan kedudukannya menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool di Anfield minggu depan.

Kedudukan pengurus dari Croatia itu dikatakan sedang berada di hujung tanduk selepas Spurs dibelasah 2-5 oleh Atletico Madrid pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara (UCL) kelmarin.

Selain itu, tindakan Tudor mengeluarkan penjaga gol, Antonin Kinsky seawal minit ke-17 turut menerima kecaman ramai pihak yang mendakwa ia mampu merosakkan imej serta reputasi pemain berkenaan.

Ramai menganggap beliau mungkin ditunjukkan pintu keluar selepas aksi menentang Atletico, namun diberikan satu lagi peluang bagi menyelamatkan masa depannya di Spurs dengan menewaskan Liverpool.

Kemenangan ke atas Liverpool dianggap wajib bagi memastikan mereka tidak terjerumus ke zon penyingkiran Liga Perdana memandangkan mereka hanya dibezakan satu mata dengan pasukan tangga ke-18, West Ham United.

Setakat ini, Spurs sudah mencatat enam kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan dan sekiranya mereka tewas kepada Liverpool, ia akan menyamai rekod tujuh kekalahan berturut-turut yang dicatat sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN