fbpx
Keadaan kenderaan milik Chandra yang musnah terbakar dalam kejadian di Taman Kinrara, Puchong semalam.

Saya tidak gentar dengan sebarang ugutan – Cikgu Chandra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis, S. Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra menegaskan dia tidak gentar dengan sebarang ugutan serta tidak bercadang meninggalkan kawasan tempat tinggalnya.

Malah, katanya, dia juga tidak akan berhenti memperjuangkan isu-isu membabitkan pencerobohan tanah dan gangsterism meskipun berdepan insiden serangan dan ugutan yang berlaku baru-baru ini.

“Saya tidak akan berpindah ke mana-mana dan tidak akan melarikan diri dari kawasan ini. Saya percaya hampir keseluruhan rakyat Malaysia sedang menyokong perjuangan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Chandra berkata, kejadian tersebut tidak melemahkan semangatnya malah menguatkan lagi tekad untuk meneruskan perjuangan.

Menurutnya, dia kini berada dalam keadaan baik dan mendapat sokongan kuat daripada keluarga dan orang ramai.

“Ramai pihak memberikan sokongan kepada saya. Ada juga pihak media yang menghubungi dan bertanya sama ada saya akan berhenti selepas insiden ini.

“Jawapan saya jelas, tidak. Insiden ini sebaliknya menaikkan lagi semangat saya untuk terus bersuara mengenai isu-isu seperti kuil haram dan kegiatan gangsterisme,” ujarnya.

Semalam, polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah membabitkan Cikgu Chandra di perumahan Taman Kinrara, Puchong di sini.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar dilaprokan berkata, insiden pertama disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala kertas siasatan kedua dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang 9 Mac lalu, sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang disyaki menyerang rumah Chandra di Taman Kinrara.

Suspek yang memakai topeng hitam disyaki memecahkan cermin belakang kereta Perodua Viva miliknya serta merosakkan jeriji besi di hadapan rumah.

Dalam kejadian berasingan, sekumpulan individu dipercayai datang semula ke rumah Chandra kira-kira pukul 3.20 semalam sebelum mencampakkan objek dipercayai bom petrol.

Tindakan itu menyebabkan sebuah kereta jenis Suzuki Ertiga milik Chandra musnah 100 peratus manakala Perodua Viva dan sebuah lagi kenderaan turut terjejas akibat kebakaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI