fbpx
Anwar

Anwar umum berita baik sempena Aidilfitri petang ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan sidang akhbar di Kompleks Perdana Putra di sini pada pukul 3 petang nanti.

Bagaimanapun, dalam jemputan yang diedarkan kepada Media Putrajaya hari ini tidak memperincikan secara lanjut mengenai sidang akhbar itu.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan terdapat beberapa berita baik untuk rakyat menjelang Aidilfitri.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, perkara itu akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini.

“Insya-Allah, Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa lagi berita baik buat rakyat dalam masa terdekat menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri telah membuat beberapa pengumuman termasuk pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2, penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 melibatkan penjawat awam, pesara dan veteran, selain Imam, Bilal, Guru Kafa dan sebagainya.

Selain itu, turut diumumkan peluasan siri Program Jualan Rahmah Madani di seluruh negara, selain peluasan inisiatif subsidi tiket penerbangan FlySiswa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN