fbpx
Poster dan kenyataan yang tular di media disahkan palsu.

Kerjasama GPS, Pas palsu – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan kenyataan yang tular di media sosial berkaitan kerjasama parti itu dengan Pas.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Alexander berkata, beliau tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular baru-baru ini kononnya saya pernah mengeluarkan kenyataan tertentu berkaitan kerjasama politik.

“Kenyataan tersebut tidak pernah saya keluarkan dan adalah tidak benar sama sekali,”tulisnya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihakmya kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu sehingga mengelirukan pelbagai pihak.

“Hentikan penyebaran maklumat tidak sahih. Semak fakta sebelum berkongsi,”tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial satu kenyataan dan poster yang mengaitkan Ahli Parlimen Kapit untuk mengadakan kerjasama dengan Pas.

Menerusi poster yang tular itu memaklumkan bahawa GPS tiada halangan untuk bekerjasama dengan Pas.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI