KUALA TERENGGANU – Tapak pesta moreh di bandar raya ini yang mendapat sambutan menggalakkan pada bulan Ramadan kini dilihat mula hilang seri ekoran kekurangan pelanggan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tinjauan Kosmo! mendapati sebahagian daripada 15 tapak pesta moreh agak sepi selepas didakwa harga makanan yang terlalu mahal selain bilangannya terlalu banyak dan lokasi berdekatan antara satu sama lain. Seorang peniaga, Alif Fayumie, 35, yang menyertai pesta moreh sejak tujuh tahun lalu mengakui jualannya pada tahun ini agak merosot dipercayai berpunca daripada…














