Biasanya, setelah mengambil bekalan umpan udang hidup, kami terus bergerak ke jeti yang terletak di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Dari sini, perjalanan ke lokasi memancing di Teluk Renjuna mengambil masa kira-kira 25 minit. Sebaik sahaja tiba di lokasi, kami akan melabuhkan sauh dan terus bersiap untuk memancing. Sedang kami leka berbual sambil menunggu ikan menggetu umpan, tiba-tiba salah satu joran milik Muiz direntap kuat. Dia dengan pantas menyambar jorannya yang sudah melentur, lalu mengetatkan sedikit drag dan mengepam jorannya. Tidak……














