KAMPAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Jamek Kampung Jeram di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Sultan Nazrin turut berkenan menanam pokok bunga tanjung sebagai simbolik perasmian sebelum berangkat ke majlis berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih.
Masjid Jamek Kampung Jeram mula dibina pada tahun 1914 berasaskan seni bina tradisional Melayu. – KOSMO! ONLINE














