fbpx
Hussein menunjukkan bunga ganja yang dirampas oleh pihaknya pada sidang akhbar di Dewan Pengaman, Pulapol Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

Helah lori angkut bunga ganja terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis bunga ganja bernilai kira-kira RM10.2 juta selepas menahan tiga lelaki tempatan dalam satu siri serbuan di sekitar ibu negara pada 5 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia antara 27 hingga 38 tahun itu ditahan hasil risikan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Menurutnya, polis turut melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori yang berada di hadapan sebuah rumah teres di Taman Sri Rampai di sini.

“Hasil pemeriksaan menemukan 10 kotak mengandungi dadah disyaki bunga ganja seberat 124.70 kilogram. Jumlah rampasan itu dianggarkan bernilai RM10.2 juta dan boleh merosakkan kira-kira 249,000 penagih,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek pertama bertindak sebagai koordinator sindiket, manakala dua lagi suspek berperanan sebagai ‘runner’ (penghantar) yang mengendalikan penghantaran dadah.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Oktober 2025 dengan modus operandi membawa bekalan bunga ganja dari utara Semenanjung ke selatan Semenanjung sebelum diedarkan ke pasaran sekitar Lembah Klang menggunakan lori sebagai medium pengangkutan,” ujarnya.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah dan semakan rekod lampau mendapati dua dari suspek berkenaan mempunyai salah seorang suspek rekod kes dadah dan rekod jenayah lampau.

“Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari bermula 5 hingga 11 Mac ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dianggarkan bernilai RM85,000 mengikut tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI