fbpx
Anwar ketika berkunjung ke Bazar Ramadan Taman Selaseh di Kulim, Kedah baru-baru ini. Foto FACEBOOK

Sokongan, kritikan jadi penguat semangat saya – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Sokongan, pandangan dan kritikan yang saya dengar sepanjang kunjungan ini menjadi penguat semangat untuk saya dan pasukan.”

Demikian respons Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kunjungannya ke Pulau Pinang dan Kedah, Sabtu lalu.

Beliau berkata, maklum balas yang diterima daripada rakyat di kedua-dua negeri itu menjadi pendorong kepadanya dan pasukan untuk terus bekerja lebih tekun demi rakyat dan negara.

“Terima kasih atas sambutan yang begitu mesra di Pulau Pinang dan Kedah,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.

Menurutnya, lawatan itu turut memberi peluang untuk beliau bertemu semula sahabat lama selain menyantuni peniaga di bazar Ramadan.

“Alhamdulillah, sempat bertemu ramai sahabat lama, menyantuni peniaga di bazar Ramadan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.

“Di samping (dapat) melepaskan rindu pada kampung halaman yang sentiasa dekat di hati,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN