fbpx
Timbunan buah durian yang gugur ke tanah susulan ribut kuat di daerah Khao Saming, Jumaat lalu. - Jakkrit Waewkraihong

Hampir 10,000 durian rosak akibat ribut kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Ribut kuat yang melanda wilayah Trat, timur Thailand memusnahkan sekurang-kurangnya 10 dusun durian dan menyebabkan kerosakan bernilai lebih 1 juta baht (RM124,000), lapor akhbar Bangkok Post. 

Ribut itu melanda perkampungan Moo 2, daerah Khao Saming antara pukul 2 petang hingga 3.30 petang (waktu tempatan), Jumaat lalu.

Angin kencang menyebabkan beberapa pokok durian tumbang, menggugurkan hampir 10,000 biji ‘raja buah’ itu ke tanah serta merosakkan rumah-rumah. 

Penghulu Moo 2, Apichart Rattanawong berkata, beberapa petani durian mengalami kerugian paling teruk dalam beberapa tahun. 

“Kira-kira 10 pokok tumbang dan antara 5,000 hingga hampir 10,000 buah durian hilang,” katanya sambil menambah, ribut tersebut melanda beberapa minggu sebelum musim menuai bagi kebanyakan pekebun. 

Seorang pekebun, Cherdchai Chaemchoi, 46, menganggarkan hampir 1,000 buah rosak terutamanya durian Kradoom yang sepatutnya dituai menjelang 20 Mac ini dan sejumlah besar durian Monthong. 

Seorang lagi pekebun, Boonyong Yucharoean pula mengalami beberapa kemusnahan terburuk apabila kehilangan enam pokok yang tumbang serta seluruh tanamannya yang hampir dituai.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN