fbpx
KPM akan mengumumkan tarikh keputusan SPM esok dan ia dinantikan oleh semua calon di seluruh negara.

Ibu bapa harap SPM diumum sebelum raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Debaran 413,372 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bakal ber­akhir apabila Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan tarikh semakan keputusan peperiksaan itu esok.

Ini kerana, ketika ini kebanyakan calon dan ibu bapa tidak pas­ti bila keputusan itu akan di­keluarkan sama ada sebelum atau selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial mendapati ibu bapa juga meluahkan rasa lega apabila KPM akan mengumumkan tarikh keputusan pe­periksaan itu esok.

Bagaimanapun, mereka ber­ha­rap agar tarikh pengumuman itu adalah sebelum hari raya supa­ya mereka lebih tenang mem­buat persiapan raya.

“Dapat result (keputusan) awal lagi bagus. Boleh buat per­sia­pan awal untuk perjalanan seterusnya anak-anak,” kata Norhayati Mat Ripin.

Turut berkongsi perasaan ber­debar adalah seorang lagi ibu bapa dikenali sebagai Izdham Li­kas.

“Berdebar tunggu keputusan anak, sebagai ibu, apa pun keputusan yang diumumkan nanti te­rima dengan hati yang tenang. Moga 206 calon Sekolah Menengah Kebangsaan Madai mendapat keputusan yang baik,” doanya.

Menurut laporan media sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Mohd. Azam Ahmad berkata, tarikh semakan keputusan tersebut akan dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh KPM esok.

Jelas Mohd. Azam pengumuman tarikh itu juga berdasarkan nasihat daripada Lembaga Pe­periksaan Malaysia.

Beliau menyatakan, keputusan itu dibuat memandangkan ramai ibu bapa dan calon ingin mengetahui bila keputusan akan diumumkan.

“Sebenarnya semuanya sudah sedia, namun kita mengambil ki­ra pandangan daripada semua pi­hak sebelum membuat pengumuman rasmi,” katanya sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN